.:][:. Garden of Memories .:][:.

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x


.:][:. calendar .:][:.
<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

MySpace Layouts


.:][: Pesona .:][:.

[Prolog]

Bab 1
[i] [ii] [iii] [iv] [v] [vi] [vii] [viii] [ix] [x]

Bab 2
[i] [ii] [iii] [iv] [v] [vi] [vii] [viii] [ix] [x]

Bab 3
[i] [ii] [iii] [iv] [v] [vi] [vii] [viii] [ix] [x]



.:][:. eNoVeL .:][:.

Sesuci Cinta
Surat Ungu untuk Nuha
Setulus Hatimu
GT_i(V)
Di hatiku Cinta Bermula
Kasih Seharum Lavender
Cinta Sofea
Seberkas Cinta Yang Sirna
Badai Pasti Berlalu
Cinta Dania
Jangan Ada Dendam
Kasih Yang Ditinggalkan
Sekeping Hati milikmu
hlovate
Cinta Dihati
Dariku Untukmu
Helena
Langit Ketujuh
Cinta Si Gadis Bisu
Tentang Seorang Lelaki


.:][:. Blogers .:][:.

Nota Cinta Buatmu
infazety
Akungantaro
Momentus
rizal.allhere
khatywoman
cipok
Jlia
CT


.:][:. Info .:][:.

Melayu.com
Diaryland
CESB
Karangkraf
Kaki Novel
Berita Harian

Gamehouse







Blogdrive


Monday, June 05, 2006
kerana PESONA

Assalammualaikum,

Buat pembaca yang budiman, semoga dirahmati Allah selalu.. saya ingin memohon maaf kerana terpaksa menghentikan buat sementara waktu enovel PESONA ini atas sebab-sebab tertentu. Melahirkan PESONA, adalah sesuatu yang begitu menguji saya. Selepas menimbangkan beberapa perkara saya pun mengambil keputusan untuk menghentikannya hingga ke satu masa yang saya akan maklumkan kemudian.

Dibelakang tabir PESONA...

ia dilahirkan kerana tuntutan naluri saya sendiri kerana dewasa ini ramai sungguh gadis-gadis dan anak-anak kecil yang menjadi mangsa kerakusan seorang lelaki yang bernama; datuk, abang, pakcik, bapa saudara, datuk saudara, abang ipar, adik lelaki dan yang paling menyedihkan ialah bapa kandung sendiri. Lantara itu saya terbitkan PESONA untuk menyedarkan kita semua tentang sumbang muhram.

Saya menghasilkan PESONA 1-i dengan penuh perasaan geram dan kecewa, kerana yang menjadi mangsa adalah kaum sejenis saya. saya ingin menerapkan kesedaran di kalangan gadis-gadis di luar sana tentang pentingnya menjaga aurat dan tata tertib seorang gadis. Malah ilmu pengetahuan itu juga penting.

Walaupun di media massa banyak diselitkan cerita-cerita sebegini, sumbang muhram tetap juga berlaku. Berita yang terbaru ialah tentang bapa yang mengauli anak kandung sendiri kerana menurutnya mengikut hadis yang terdapat di dalam Al-Quran. Saya juga pernah terbaca di dalam satu majalah tentang sumbang muhram di mana seorang bapa telah memperkosa seorang bayi perempuan. Alasannya kerana terlalu kerap menukar pampers anak dan lantaran itu dia tidak dapat menahan nafsu.

Nauzubillah... harapnya benda ini tidak terjadi kepada sesiapa lagi. cukuplah dengan cerita-cerita yang mengejutkan selama hari ini.

Maafkan saya sekali lagi kerana hingga ke bab 1-viii saya menulis tanpa jiwa, tanpa fakta yang kukuh. Insya-Allah selepas ini saya akan kembali dengan PESONA yang berjiwa baru. buat sementara waktu singgah-singgahlah dulu di teratak MAHAR ASMARA saya



.:][:. Adileah .:][:.
:: pada... Monday, June 05, 2006 ::

Make a comment  




Monday, May 22, 2006
Pesona 1-Viii

Lyana melabuhkan punggungnya di atas buaian yang diletakkan di halaman rumah. Berapa lama lagi aku harus hidup begini? Ya Allah cepatlah aku periksa supaya selepas itu aku boleh keluar dari rumah jahanam ini. Doa aku dalam hati. hanya Allah yang mengetahui betapa hati aku terseksa semenjak mengetahui apa yang abah buat itu bukanlah bukti sayang. Itu adalah nafsu! Hanya nafsu binatang abah! Tapi bagaimana harus aku terangkan pada abah? Bolehkah dia menerima bahawa caranya ini salah. Patutnya sebagai seorang lelaki dewasa dan juga pemimpin keluarga, abah lebih matang dalam segala tindak tanduknya. Tetapi lihatlah apa yang dia telah lakukan pada aku.

 

“Adik menungkan apa tu?” sapa satu suara dari arah belakang.

 

Aku yang sedang mengelamun ketika itu tersentak apabila terdengar saja suara garau yang menegur dari belakang. Aku juga bencikan usapan tangan abah di bahu aku. Ya Allah! Jauhkan aku dari kehendak syaitan yang bertopengkan manusia ini. Doa aku tidak putus. Tiba-tiba aku mendapar satu idea.

 

“Abah, adik masuk dalam dululah. Terlupa ada kerja sekolah tak siap lagi." Dalih aku sambil bangun dari buaian yang baru diduduki oleh abah sebentar tadi.

 

“Temankanlah abah sayang…” rayu abah lagi sambil cuba menarik tangan Lyana.

 

“Maaf abah, adik nak buat kerja sekolah.” Aku sudah mula hendak menangis memandang renungan mata abah yang tajam.

 

“Adik tak sayang abah ke?

 

Bencinya aku mendengara soalan abah, aku sayangkan abah walau pun abah pernah memusnahkan hidup aku. Aku merenung wajah abah seketika sebelum aku menuturkan kata-kata yang seterusnya. Aku pasti selepas mendengar kata-kata aku ini, abah pasti akan berkecil hati ataupun marah pada aku.

 

“Adik sayangkan abah, tapi kalau abah mintak adik buktikan kasih sayang adik tu. Maaf adik tak boleh buktikan sekarang.” Ucapku perlahan dan tanpa menunggu kata-kata abah yang seterusnya aku terus berlalu masuk ke dalam rumah.

 

“Adik!”

 

Aku terus mengunci pintu bilik. Tanpa dapat di tahan air mata bagaikan air hujan yang mengalir tanpa dapat dihentikan. Mengapa seorang bapa yang sepatutnya menjadi pelindung aku telah menghancurkan hidup aku. Abah telah memusnahkan kegadisan aku. Apa yang abah buat selama hari ini salah. Tidak kah abah takut pada Allah.



.:][:. Adileah .:][:.
:: pada... Monday, May 22, 2006 ::

Comments (2)  




Next Page